Followers

Saturday, July 25, 2009

21st May 2008- Lahirnya putra sulungku,,,,



Teringin nk join giveaway contest anjuran ibu Addin & Nasa, walaupon rase cam da terlambat, tapi nk join senang jer.. ceritakan pengalaman bersalin anak pertama,sebabnya saya dah pernah buat entry pasal kisah pengalaman bersalin nie.. harapnya tuan penganjur x kisah kalau saya guna entry yg sama..


Hadiah dia best , sapa bertuah boleh dapat Crabtree & Evelyn products.. memang teringin sgt nk cuba produk nie.. sebab asyik singgah jer kat outlet diorang.. tapi x pernah beli2 gak.. huhu....








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa, 20th May 2008.

8.30 pagi- hari itu genap 3 minggu mama tak pergi kerja. Hari itu abah masuk lambat ke office. Awal pagi lagi abah dan mama ke kajang dulu ambik pasport abah yang baru siap. Bulan depan abah ke China.

10.00 pagi- Selesai urusan passport, abah hantar mama ke rumah uwan . sejak mama cuti, setiap pagi abah akan hantar mama ke rumah uwan . senang abah jemput kalau mama rasa sakit nak bersalin. Lagipun, bole la mama berkawan dengan ibu yang baru dalam pantang bersalinkan si kembar along dan angah.

3.30 petang- Sedang mama dok asyik bergosip dengan ibu, darah turun. Mama ingat dah sampai masa anak mama nie nak jumpa mama. Mama pon telefon abah walaupun mama tak rasa sakit nak bersalin.15 minit kemudian abah sampai. Mama dah agak abah mesti bawa laju, sampai tayar Michelin abah pon bau hangit sampai ke dalam rumah…kekeke

4.30 petang- mama dan abah sampai ke dewan bersalin SJMC. Since mama tak rasa sakit apa apa lagi nurse tak layan mama sangat. Dia suruh mama baring jer.. sambil periksa contraction . kebetulan ramai pulak yg bersalin hari tu..


11.30 malam – Nurse datang lagi ke bilik mama setelah berjam mama ditinggalkan. Mama tinggal sorang jer coz Abah balik rumah kelana jaya sekejap rehat kat sana .Mama tak kisah sebab mama masih tak rase sakit lagi.
‘Kepala anak akak dah rasa nie, dah ke bawah.. dan 2.5 cm buka" nurse tu kata kat mama..
Tak sabarnya mama nak jumpa anak mama masa tue….

Rabu , 21st May 2008

3.30 pagi - Mama terbangun dari tidur bila nurse datang check mama semula. Dia kata dia nak induce mama supaya cepat mama bersalin . masa nie mama dah rasa sakit nak bersalin bila ubat masuk dalam badan mama. Sakit sangat sampai mama terpaksa gerakkan abah dari tidur untuk temankan mama. Setengah jam kemudian abah datang. Kesian abah…


7.30 pagi – Mama terbangun dari tidur lagi bila Dr Delaila dan nurse tiba tiba serbu bilik bersalin mama. Dia angkat kaki mama dan terus pecahkan air ketuban mama. Dr kata mama akan rasa sakit lepas nie .Tanpa fikir panjang, mama terus kata mama nak minta ubat bius, suntikkan epidural kat tulang belakang mama supaya badan mama kebas dan mama tak rasa sakit.. Dr Robert, Dr khas untuk suntik epidural dekat tulang belakang mama. Dr Robert ni sangat teliti orang nya.. dia buat kerja satu persatu . Abah kata memang macam ni la caranya kalau nak ambil suntikkan epidural. Sebab kalau tersilap suntik, boleh lumpuh jadinya.. Dengar abah kata macam tu, buat seketika mama rasa menyesal pula ambil suntikkan epidural ni. Tapi Syukur.. Alhamdulillah.. Mama buat pilihan yang tepat


12.30 tengah hari – Mama dah mula risau kenapa sampai sekarang mama tak bersalin lagi. Mama risau keadaan anak mama kat dalam . Mama takut anak mama lemas sebab dah tak ada air kutuban .. uwan, atok dan mak ngan dekat bilik menunggu pun dah mula cemas. Nurse kuatkan lagi ubat induce supaya cepat mama bersalin. Bukaan rahim mama masih 3cm



4.30 Petang- Mama tak bersalin lagi . Abah masih setia menunggu mama dan farrihin keluar . Dia tak sabar nak jumpa si hero yang sorang nie.. Dr Delaila datang check mama semua. Dia bagi tempoh sejam lagi .Kalau bukaan ramin masih 3 cm , tak ada cara lain , dia nak operate mama. Dr Delaila kata kepala anak mama dia dah rasa. Anak mama ni nak keluar, tapi laluan dia sempit. Aduhai sayang….


5.30 petang – Sah! Mama kena operate. Dengan cemas nya nurse dan bidan siap kan mama untuk ke dewan bedah. Tak bole biarkan anak mama lama kat dalam . nanti anak mama ni lemas. Nasib baik mama dah siap2 ambik epidural untuk bius badan mama. Tak la lama sangat mama nak tunggu untuk dibedah. Mama minta abah ikut sekali mama masuk ke Operation Theater. Tapi diorang tak benarkan abah ikut sekali. Mama semakin takut bila diorang tolak mama ke dewan bedah tanpa ditemani abah….


6.02 petang – Mama dah siap untuk dibedah. Dr Delaila yang bedah perut mama, Sorang Dr lagi, Dr Robert ( Dr yang incharge epidural) di belakang mama . Mama dibiarkan berjaga masa dibedah. Walaupun sangat cemas .. mama kuatkan hati juga.. Anak mama mesti keluar !. Satu persatu pesatu lapisan perut mama dipotong. Sampai ke lapisan ke 3. Masa perut mama dipotong, tak rasa sakit sangat, mama cuma rasa macam perut ditoreh dengan pembaris .
Even mama berjaga, mama tak dapat tengok proses perut mama dipotong sampai diorang keluarkan Farrihin . pandangan mama ditutup dengan tabir, Cuma Dr Robert, yang dibelakang mama yang menjadi mata kepada mama.

Bila mana Dr delaila selak perut mama sambil cuba mengambil keluar sayang , Dr Robert kata pada mama “ Now We See The baby”.. sambil menepuk2 bahu mama.

Mama rasa sakit yang amat sangat bila pembantu Dr Delaila menghentak-hentak dada mama dengan sangat kuat untuk keluarkan sayang . Mama menjerit sekuat kuat hati…
“2 minute… 2 minute….We See the baby”… Dr Robert kata pada mama sambil menepuk bahu mama ..

Keadaan berlarutan selama hampir 10 minit . Dada mama masih dihentak dengan sangat kuat . “2 minute.. 2minute….”Dr Robert berusaha menenangkan mama . Allah saja yang tahu betapa siksanya mama .

Sudah 15 minit berlalu, anak mama tak dapat keluar juga mama dapat rasakan sesuatu yang tak kena pada anak mama, kenapa payah sangat nak keluar?...



6.23 petang – Mama dapat rasa daya yang menarik anak mama keluar sampai perut mama ternaik.. Cemas mama tak surut-surut bilamana , anak mama yang baru keluar tak menangis . Keadaan bilik yang riuh tadi diam seketika tatkala anak mama ni keluar tidak bersuara. Dr. Robert yang menjadi mata kepada mama juga diam membisu. Dr delaila lagilah tak berkata. Dia Cuma menyudahkan kerjanya dengan menjahit kembali perut mama. Anak mama dah diserahkan kepada pediatrician, Dr Sanjay

6.25 petang – Ya Allah , Selamatkanlah Anakku.. Sudah 2 minit sayang keluar, mama masih lagi tak dapat dengar tangisan anak mama… mama semakin cemas . mama menangis semahu mahunya…. Kalaulah apa-apa terjadi pada anak mama… dapatkah mama tabahkan hati mama nie?...

6.28 petang – Anak mama mula bersuara, disusuli dengan teriakkan yang amat kuat 3 minit kemudian sehingga bingit telinga manusia2 di dalam operation theater.., “ kuatnya suara” … kata Dr Delaila. Mama tersenyum puas….jerit la nak.. jerit sepuas puas hati… Dr Sanjay datang kepada mama.. “Afidah.. congratulations… u got a lovely baby boy , everthings fine now”… Syukur.. Alhamdulillah..


Mama cium bekali- kali anak mama yang masih menangis sebelum sayang dihantar kepada abah , memang mama dapat anak yang comel dan pejal, sungguhpun terdapat tanda lebam di dahi . Puasnya hati mama mengandung dan melahirkan anak sulung mama nie. Mama menangis lagi… menangis kegembiraan..


8.00 malam – Selesai recovery session, mama dibawa keluar dari bilik pembedahan. Abah dah menunggu di luar pintu, abah memandang mama tanda puas. Mama membalas dengan isyarat menunjuk kening dan hidung kepada abah. Dalam hati mama, mama nak bagi tahu abah, Farrihin dapat hidung dan kening abah….



11.30 Malam - Dr delaila datang melawat mama dibilik, Dr delaila bagi tahu mama yang terdapat komplikasi semasa di dewan pembedahan, anak mama dah lemas dan tersangkut di tulang serviks akibat dari proses contraction yang lama dan tulang serviks tak membuka, tu punca kesukaran mengeluarkan anak mama …. Farrihin bertambah lemas disebabkan lebih 10 jam air ketuban dipecahkan..

Sayang… Alhamdulillahlah… 21st May 2008 sudah berlalu… Sekarang anak mama dah semakin kuat dan sihat….

2 comments:

mama tisya said...

salam..nanti jgn lupa tlg vote utk mama tisya utk Breastfeeding Photo Contest..more detail tgk kt blogku..tq

Anonymous said...

apid.. ni baru apa phm pjlnn citer ko nk bersalin.
-ein-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...