Followers

Tuesday, August 25, 2009

HAPPY ANNIVERSARY TO US!

Rata rata bila saya menyengah blog member2 alam maya nie… ramai pulak yg sambut anniversary bulan August nie..

Same goes to me n my phy, this year , this month and today genap 2 tahun saya menjadi seorang isteri.. Apa perasaan?.. huhu… syusah nk cakap .. secara jujur.. terkadang rindu pada zaman doulu2 menjengah di sanubari .. zaman yg xde komitmen kepada apa2 selain dari tanggungjawab seorang anak utk ibu dan ayah , seronoknya sentiasa berada dalam dakapan ibu dan ayah dan adik beradik di tercinta. Dulu, hidup ini sangat mudah..

Jangan salah anggap, bukan maksunya bila dah kawen ni tak bahagia.. Saya bahagia berkahwin dgn seorang lelaki yg sangat berkarisma tinggi , berpandangan jauh dan amat menyayangi anak kami . Dialah lelaki yg saya impikan utk menjadi suami …

Tapi hidup sebelum dan selepas kawin mmg berbeza.. terutamanya org seperti saya yg sangat2 manja dgn keluarga yg sebelum nie x tak punyai bebanan dgn tanggungjawab yg berat utk dipikul , dalam sekelip mata berjauhan dgn ibu ayah , menjadi isteri dan ibu … dapat kah org lain faham perasaan ini?...

Cabaran dan dugaan utk menempuhi hidup yg baru bersama si suami dan tanggungjawab sebagai isteri ada kalanya membuatkan hati dan perasaan ini bergolak , Ibu Ayah lah yg menjadi pendorong agar kuatkan semangat dan jangan mengalah… Tidak ada apa yg si isteri perlukan, Cuma mengharapkan si suami memahami.. hati seorang anak perempuan , yg mahu selalu dekat dgn keluarganya ..

Tadi, saya menerima satu email kiriman dari my ajrinna… email ini menyedarkan saya kesefahaman diantara si suami dan si isteri tidak boleh dicapai sehari dua, ia memerlukan pembelajaran sepanjang hayat…

Emailnya begini;


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya,
'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:




1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
" Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Utk abangku sayang, Terima Kasih Di atas segala jagaan , perlindungan dan makan minum yang diberikan sepanjang 2 Tahun kita hidup bersama, Terima kasih kerana menjadi ayah yg hebat kepada Farrihin . Semoga kita terus tabah utk menjalani hidup di bumi Allah ini…


~AMIN~




12 comments:

Drama Mama said...

wah cantiknya gambar kahwin, berseri2 awak yer. :-D

momentinlife said...

kitorg xsempat tgkkan ni?
sbb msa smpi ko dh pki gaun..
ermm thats mean, dh 2 thn kita tak jumpe pid..huhu

Unknown said...

HAPPY ANNIVERSARY TO U...

Ann said...

eh anniversary u lebih kurang i...but i 27/8...happy anniversary...semoga jodoh kedua anda hingga akhir hayat...amin

mygoldpen said...

apid, happy 2nd anniversary :)

firahadifa said...

Drama Mama,

sebenarnya gamba tue diambik time baru lepas nangis.. kekekek

Moment,

Pa, serious ke da 2 taun kite x jumpa???.. adeiiii

Mata Hati,
Thanks...

Ann,

Happy anniversary juga...

my golden pen,

liza.. thanks bebanyak..

mama tisya said...

happy 2nd anniversary..smoga berbahagia hingga akhir hayat

firahadifa said...

mama tisya,

Thanks mama tisya..

momentinlife said...

pid.. bg aku kupon diskaun servis proton pid... lemah aku eh~~

l i e y n said...

happy anniversary to both of u....to learn about our partner needs a lifetime session...we don't even know ourself sometimes...
anyway muka korang ber2 seiras le...jodoh baik punya!!!amin...

firahadifa said...

liyen,

thanks dear...

Cikpid said...

happy anniversary...
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

sweet sgt gmbr kawen tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...